Isu berkaitan kaunseling

 

ISU BERKAITAN KAUNSELING


MUHAMAD ARIF KHAIRUDDIN BIN ABD AZIZ (D20192091171)

Banyak  isu yang berlaku terhadap kaunseling di Malaysia antara beberapa isu yang berlaku adalah



1)      Para pelajar stres dan guru kaunseling perlu kreatif

        i.    Guru kaunselor tidak seharusnya mengehadkan peranan mereka dengan mengadakan sesi kaunseling untuk pelajar yang mempunyai masalah semata-mata.

       ii.   Guru-guru juga perlu melakukan program preventif dan pembangunan terhadap golongan pelajar ini dari masa ke semasa.

      iii.  Program menangani kesihatan mental seawal usia remaja juga antara bertujuan memberi pendedahan kepada guru untuk mengenal pasti pelajar yang mengalami stres bagi memastikan golongan itu menerima rawatan dan bimbingan seawal mungkin.

     iv.    Stres dan tertekan yang dihadapi oleh pelajar turut berpunca daripada ibu bapa, rakan-rakan dan persekitaran.

 


2)      Guru kaunseling membantu pelajar

    i.   Guru Bimbingan dan Kaunseling sedia membantu pelajar Tingkatan 4 memilih empat pakej mata pelajaran yang ditawarkan apabila Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) (Menengah Atas) dilaksanakan.

    ii.   Guru kaunseling di semua sekolah menengah berperanan membantu pelajar membuat pilihan pakej mata pelajaran Tingkatan 4 berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) serta prospek karier masing-masing

    iii.  Guru kaunseling sedia membantu dalam menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pelajar tidak mengira pelbagai bentuk masalah terutama sekali dari segi emosi,rohani dan jasmani.

    iv.   Guru kauseling juga mengambil berat tentang keadaan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan rakan sebaya yang negatif.

 


3)      Kes ponteng sekolah

     i.    Kes ponteng sekolah ini berlaku akibat daripada kurangnya pemantauan dari pihak sekolah ataupun pihak sekolah tidak mengambil berat terhadap masalah itu.

    ii.   Dalam masa yang sama di sesebuah sekolah guru bimbingan dan kaunseling kurang mengambil tahu tentang pelajar yang perlukan bantuan kauseling menyebabkan pelajar tersebut terbiar dan mula memonteng sekolah.

   iii.    Antara salah satu usaha yang di lakukan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengadakan Program Ziarah Cakna merupakan lawatan guru ke rumah-rumah murid untuk bertemu ibu bapa atau penjaga berbincang dan bertukar fikiran dalam mengatasi isu atau masalah anak-anak mereka.

     iv.    Kes ponteng sekolah juga sering kali dilibatkan dengan guru kaunseling yang memilih kasih untuk membantu pelajarnya.

 

 


 

4)      Penambahan guru kauseling di sekolah

     i.    Penempatkan lebih ramai guru kaunseling yang berprofesional di sekolah adalah untuk  menangani pelbagai isu dan masalah dalam kalangan pelajar.

    ii.   Penambahan guru kauseling juga merupakan pendekatan yang baik untuk mengurangkan kecenderungan pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu berpunca daripada akses tanpa batas di laman social.

    iii.   Guru kaunselor yang professional amat di perlukan untuk membantu pelajar supaya  tidak  mempunyai masalah dan mendapat hukuman yang berat dan dikeluarkan dari sekolah.

 


5)      Sasaran guru kaunselor setiap murid

        i.    Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk menigkatkan keupayaan untuk meningkatkan tahap penjagaan para pelajar supaya dapat mengatasi masalah yang akan datang seperti gejala buli,mencuri,poteng sekolah dan sebagainya.

    ii.   Meletakkan seorang guru kauselor terhad kepada sekelompok pelajar yang sederhana supaya guru tersebut dapat mengawal sepenuhnya.

    iii.  Pihak kerajaan perlu peka terhadap kekurangan guru bimbingan kaunseling terhadap sesebuah sekolah supaya masalah gejala sosial tidak berlaku.

 

Comments